Teks: Roszila Ibrahim
Foto: Koleksi Peribadi
Nama diberi Roszila
binti Ibrahim. Di lahirkan pada 5 Disember 1982 di negeri yang diberi jolokan
Cik Siti Wan Kembang Pasir mas, Kelantan. Bapa saya seorang pesara kerajaan dan ibu seorang surirumah sepenuh masa dan pada masa
yang sama ibu berniaga kedai runcit yang dibuka pada tahun 1992 lagi. Saya mempunyai 7 adik beradik dan merupakan anak ke 4. Saya
mempunyai 3 orang kakak serta 3 adik lelaki. Ketiga-tiga kakak sudah bekahwin
manakala 3 orang adik lelaki belum berkahwin.
Saya adalah seorang surirumah
sepenuh masa. Sebelum saya melangkah lebih jauh, saya mempunyai 3 cahaya mata, yang pertama Rania Zara 8
tahun, Rayyan Zafran 6 tahun dan yang bongsu Rhafa Khalifa 2 tahun. Alhamdullilah, syukur
dapat melihat anak membesar di depan mata dan diberi kesihatan yang baik. Sebenarnya, keputusan saya untuk tidak bekerja adalah semata-mata ingin menjaga anak.
Saya mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Bendang Pauh, Pasir Mas
pada tahun 1989. Seterusnya Sekolah Menengah Kangkong pada 1995, dan pada tahun
2000 saya menyambung pengajian di tingkatan 6 di sekolah Menengah Tengku
Panglima Raja, Lemal Pasir Mas, Kelantan. Alhamdulillah, pada tahun 2002 saya
dapat menyambung pengajian di UUM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Antarabangsa.
Bercerita tentang pengalaman kerja, saya pernah bekerja di
sebuah pasaraya di Kuala Terengganu selepas tamat belajar di tingkatan 6.
Selepas itu, saya bekerja di sebuah kedai buku di Gombak sementara menunggu
konvokesyen pada 2005. Selepas habis belajar saya bekerja di CIMB Bank lebih
kurang 4 tahun.
Sebelum saya menyertai
ABDR, saya pernah terlibat dalam bisnes Zhulian secara offline. Bisnes Zhulian
adalah merupakan bisnes yang pertama saya. Saya terlibat dengan bisnes
Zhulian ini setelah diperkenalkan oleh rakan suami pada 2009. Pada masa itu, anak sulung saya masih kecil dan masih menyusu badan lagi. Pada
permulaan memang saya boleh dianggap berjaya kerana atas usaha dan kerja
keras saya dan suami, kami memperoleh bonus lebih kurang RM 700.
Pada 2011 saya memulakan langkah sekali lagi dalam bisnes iaitu
bisnes tudung secara online. Masih segar lagi dalam ingatan, tudung yang saya
jual adalah tudung Obama dengan harga serendah RM 10. Tudung yang saya perolehi
ketika itu adalah dari pemborong tudung yang merupakan kawan kepada suami.
Walaupun tudung habis dijual tetapi bagi saya ianya tidak begitu
memberangsangkan. Ketika saya perkenalkan kepada kawan-kawan, rata-rata mereka
tidak berminat dan mereka lebih berminat tudung segera atau tudung yang terus dipakai. Bagi saya, ini mungkin kurangnya ilmu dalam perniagaan
dan juga tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bisnes secara online.
Sebenarnya tanpa ilmu pasti tidak akan berjaya. Kini, saya mengambil pendekatan mengumpul sedikit sebanyak ilmu
terlebih dahulu kerana ilmu sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan.
Apa-apa pun pengalaman lalu banyak
memberi motivasi kepada saya. Untuk
perancangan yang seterusnya dan tahun-tahun kedepan dengan sinar baru, semangat
baru dan ilmu baru saya. Kini, perniagaan yang menjadi pilihan saya adalah kosmetik dan
kesihatan. Saya memilih untuk fokus bisnes kosmetik dan produk kesihatan kerana
saya merasakan kedua-duanya terlalu dekat bukan sahaja saya tetapi dengan semua
orang. Wanita tidak dapat dipisahkan
dengan kecantikan. Semuanya nak cantik, daripada pakaian sehingga ke kulit
muka. Soal kecantikan memang tidak dapat dipisahkan daripada kamus hidup setiap
yang bergelar wanita, apatah lagi cantik itu adalah fitrah manusia. Tidak hairanlah jika kita lihat
kaum lelaki era moden ini juga semakin prihatin berkaitan penampilan. Begitu juga dengan kesihatan sangat penting.
Kosmetik pilihan saya tentunya Karisma cosmetik, dan produk
kesihatan pilihan saya exfuse.

Karisma Cosmetik

Exfuze
Sekarang saya tetapkan
nawaitu untuk berbisnes dan insyaAllah istiqamah dengan apa yang dirancang. Harapan
saya supaya dapat menimba ilmu sebanyak- banyak daripada Anys Idayu Zakaria dan
rakan- rakan ABDR. Semoga semua memperoleh kejayaan. Amin.

No comments:
Post a Comment